top of page

Telefon / Whatsapp
+60-19-652-5322

external-file_edited_edited.png

Juruaudit pihak ketiga yang diyakini dalam pelaporan pelepasan dan kecekapan tenaga

 

Membantu Perniagaan Berkembang Secara Mampan dan Mencapai Kejayaan ESG

 
 

Sedia untuk mempermudahkan perjalanan ESG anda?

Perkhidmatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kami

 

1. Laporan Jejak Karbon

Penukaran lancar laporan kewangan audit sedia ada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) kepada laporan jejak karbon mengikut kategori Skop 1-2-3 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

2. Laporan Offset Karbon

Terima fasilitasi percuma untuk pembelian kredit karbon di platform Pertukaran Karbon Antarabangsa dan menjadi peneraju industri Karbon Sifar (Net Zero emissions). 

3. Perbandingan
Industry (Benchmark)

Manfaatkan pengalaman industri kami dan lihat perbandingan  pelepasan karbon antara industri di peringkat global.

4. Laporan Ringkasan ESG

Tingkatkan prestasi tahunan anda dengan laporan ESG tanpa perlu mengurangkan fokus anda dalam perniagaan. Kami selaras dengan piawaian Global Reporting Initiative (GRI), memastikan amalan kelestarian anda disampaikan dengan jelas dan mengikut kerangka antarabangsa yang diiktiraf, sekaligus meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan.

Terima label yang disahkan untuk membantu anda membina kepercayaan dan menunjukkan akauntabiliti.

 

Anda telah memulakan perjalanan menuju pelepasan sifar bersih.

Tiada pelepasan bersih. Masih perlu lebih banyak kemajuan.

Peneraju industri dengan impak sifar pelepasan bersih.

PKS Capai Hasil yang Nyata, Boleh Diukur & Berkesan bersama ALECA

Menarik Pembiayaan Hijau, Geran, dan Pinjaman 

Bank dan pelabur kini mengutamakan perniagaan yang mempunyai rekod ESG yang kukuh. Dengan label pengesahan daripada kami, anda menunjukkan bahawa perniagaan anda bersedia untuk menerima sokongan kewangan.

Sama ada geran kerajaan, pinjaman PKS, atau minat pelabur, label yang disahkan oleh ALECA akan meningkatkan kredibiliti anda, sekali gus meningkatkan peluang untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan, pinjaman PKS di Malaysia, dan peluang pembiayaan hijau daripada institusi terkemuka seperti Maybank, CIMB, dan RHB Bank.

Ini memastikan perniagaan anda diberi keutamaan oleh institusi kewangan, dengan kadar faedah lebih rendah dan terma yang lebih baik, menjadikan perjalanan ke arah pertumbuhan mampan lebih mudah dan terjamin.


Pematuhan ESG Menjadi Lebih Mudah dan Jimat Kos Kakitangan 

Urusan pematuhan undang-undang, cukai, sumber manusia dan data boleh membebankan bagi PKS. Mengurus pengambilan pekerja, kakitangan, dan dasar seperti buku panduan pekerja menambah lagi kerumitan.

ALECA memudahkan pelaporan ESG tanpa kertas kerja atau proses rumit. Sebagai juruaudit pihak ketiga yang bebas, kami menghapus keperluan untuk menggaji pakar ESG atau melatih kakitangan sedia ada.

Laporan kami diselaraskan dengan piawaian global, menjadikan perniagaan anda bersedia untuk perubahan peraturan masa hadapan. Ini memastikan anda kekal patuh kepada peraturan tempatan, memberikan ketenangan minda dan membina kepercayaan bersama pihak berkepentingan, pelanggan, dan pengawal selia.

Menambah Nilai Tawaran B2B Anda dan Memperkukuhkan Hubungan Klien

Ramai perniagaan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan pelaporan ESG yang panjang dan membebankan. Dengan mengintegrasikan perkhidmatan pelaporan jejak karbon ALECA, anda dapat menambah nilai kepada tawaran B2B anda dan membantu klien mengatasi cabaran ini dengan lebih mudah. Bagi setiausaha syarikat, firma perakaunan dan persatuan, penyelesaian audit pihak ketiga kami memberi nilai unik kepada portfolio perkhidmatan sedia ada anda. Dengan menawarkan pelaporan ESG yang dipercayai dan selaras dengan piawaian global, anda meletakkan perniagaan anda sebagai rakan strategik yang berwawasan, membantu klien anda memenuhi keperluan peraturan, mengukuhkan hubungan, dan meningkatkan reputasi dalam industri.

Automasi Pelaporan seperti Gaji, Sumber Manusia, dan Perakaunan

PKS di Malaysia kini semakin banyak menggunakan alat digital untuk mengurus gaji, HR, cukai dan perakaunan dengan lebih mudah dan cekap. ALECA menyokong transformasi ini dengan mengautomasi pelaporan ESG dan jejak karbon anda tanpa perlu perisian tambahan, latihan, atau proses baharu. Ia adalah cara yang lancar untuk mengukuhkan profil perniagaan anda dan mengurangkan beban pentadbiran, supaya anda boleh fokus pada pertumbuhan sambil memenuhi jangkaan perniagaan yang semakin berkembang.

Testimoni Klien Kami

Kayathre

Wakil CSR

“Kami tidak perlu menghabiskan berjam-jam dengan Excel atau menghadiri lebih banyak latihan. Proses pelaporan disiapkan dalam beberapa hari sahaja. ALECA membantu kami mengimbangi pelepasan karbon dengan lancar menggunakan kredit yang diperakui.”

Gordon Yeomans

Pengarah Teknikal

“Manfaat terbesar ialah perbandingan penanda aras industri, yang membolehkan kami melihat kedudukan kami berbanding pihak lain di pelbagai negara. Keseluruhan proses ini cekap, telus, dan membantu kami memperkukuh kredibiliti sambil kekal sejajar dengan matlamat kemampanan.”

OARSB-CORPORATE-LOGO.jpg

Private Council

Eksekutif ESG

“Laporan ESG disiapkan tanpa mengganggu kelancaran kerja kami. Kami berjaya menjimatkan masa, mengelakkan beban kerja tambahan, dan memperkukuh reputasi kami dalam komitmen terhadap ESG.”

Pengiktirafan & Kelayakan ALECA

 
ALECA ESG REPORT FLYER .png

Merungkai Cabaran dalam Menghasikan Laporan ESG untuk Syarikat Multinasional (MNCs)

 
 

PIAWAIAN PELAPORAN KORPORAT 

Pelepasan Skop 1 & 2

Laporan ALECA bukan sahaja dapat membantu syarikat MNC melaporkan pelepasan Karbon Skop 1 dan Skop 2, malah dapat membantu melaporkan Skop 3 Huluan dan Hiliran. Standard industri akan mencapai tahap lebih baik dengan mengambil kira dan membantu seluruh rantaian bekalan syarikat.

PELEPASAN HILIRAN

Skop 3

Laporan ALECA melangkaui amalan perakaunan dan pelaporan korporat tradisional MNC dengan memasukkan pelepasan Skop 3, memberikan gambaran yang lebih lengkap mengenai kesan kelestarian di seluruh rantaian bekalan.

PELEPASAN HULUAN

Skop 3

Laporan ALECA melangkaui amalan perakaunan dan pelaporan korporat tradisional MNC dengan memasukkan pelepasan Skop 3, memberikan gambaran yang lebih lengkap mengenai kesan kelestarian di seluruh rantaian bekalan.

Rantaian Nilai Korporat

 
 
 

Melangkau cabaran

Menjadi peneraju

Bergerak dengan keyakinan

“ Jika ia tidak dapat diukur, ia tidak dapat diurus. ”

petikan oleh pasukan ALECA

Sedia untuk mempermudahkan perjalanan ESG anda?

Ketahui Jejak Karbon Anda Dengan ALECAfy , Aplikasi Percuma Kami

 
 

ALECAfy direka sebagai alat pendidikan untuk semua, mengira pelepasan karbon anda untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak ke arah amalan lestari. Muat turun untuk ketahui lebih lanjut!

 

Lengkapkan proses ini dan peroleh sijil percuma untuk mempamerkan komitmen anda terhadap kemampanan.

 
ALECAfy_green (1) (1)_edited_edited.png

Profil Kami

 

ALECA menyediakan perkhidmatan jejak karbon yang menyeluruh serta pengauditan pelepasan karbon untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam perjalanan kelestarian mereka ke arah sifar bersih (Net Zero). Sama ada anda ingin mengira jejak karbon, mendapatkan pengauditan pelepasan bebas, atau mematuhi protokol gas rumah hijau (GHG Protocol), ALECA mempermudah proses ini dengan penyelesaian yang telus dan cekap.

Laporan kami merangkumi perbandingan penanda aras industri di Malaysia, membolehkan anda mengetahui kedudukan pelepasan karbon PMKS anda di dalam industri dan global. Kami menawarkan perkhidmatan offset karbon untuk membantu anda mencapai matlamat karbon neutral atau sifar bersih (Net Zero) dengan mendapatkan offset karbon yang sah. Perkhidmatan ALECA menyokong sasaran Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) syarikat anda. Ketahui lebih lanjut tentang keperluan ESG di Malaysia, persijilan ESG, dan peluang pelepasan cukai berkaitan ESG. Emelkan pertanyaan anda ke aleca@alecasolutions.com sekiranya anda mempunyai soalan berkaitan kos laporan ESG atau platform pembelian ofset karbon. Fokus kami terhadap kecekapan tenaga memastikan anda dapat mengurangkan kesan alam sekitar sambil mengekalkan prestasi perniagaan.

ALECA juga mempunyai perisian atas talian, untuk semua industri untuk menerapkan nilai kelestarian dan kemampanan. Perisian kami dihasilkan oleh konsultan berpengalaman. Sistem kami juga menyediakan modul teknikal, komersial dan jejak karbon yang membolehkan interaksi antara pelbagai bidang dan disiplin. Secara bersama, kami menghasilkan langkah inovatif untuk menjalankan projek secara AGILE dan mampan. Sistem ini dihoskan dengan selamat oleh Microsoft Azure. Melalui sistem ini, pakar perunding ALECA juga membantu anda secara global melalui atas talian.

Hubungi Kami

 
 

Anda boleh menghubungi kami secara sulit sepenuhnya, tanpa sebarang komitmen atau bayaran, untuk berbincang bagaimana kami boleh menyokong anda dengan sebaiknya.

No. Telefon
+6019-652-5322
Lokasi
20-3A, Level 20 Binjai 8
Lorong Binjai off Jalan Binjai
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
ALECA Sdn. Bhd. No. Pendaftaran:
201901036274 (1345604-P)

Reach New Heights

About ALECA

Others

external-file_edited.png
©2025 by ALECA Sdn Bhd Incorporated in Malaysia Oct. 8th, 2019 Aleca Solutions.
All rights reserved.
  • LinkedIn
  • Instagram
  • Facebook
  • X
  • YouTube
bottom of page